Selamat datang ke laman sesawang Kafe Nora.
Demi menyahut seruan alaf baru, selaku pengusaha kantin kepada SK Alor Pongsu (SKAP) , bahawa kami ingin turut serta dalam menjadikan arena blog sebagai saluran informasi serta komunikasi alternatif kepada anda.
Objektif mewujudkan laman sesawang ini bertujuan untuk memudahkan anda melayari maklumat berkaitan pengusaha kantin, kakitangan kantin, dan perkhidmatan yang disediakan (merangkumi senarai harga makanan dan minuman, menu masakan, pakej menu RMT dan sebagainya).
Sebarang maklumbalas, sila layari ruangan respon, di mana anda mampu menyampaikan sebarang pertanyaan, cadangan mahupun aduan secara online. Kesudian anda amatlah kami alukan.
Akhir bicara, salam muhibah serta ribuan terima kasih diucapkan kerana sudi bertamu di Kafe Nora.
Sekian.
Wassalam.